Hello there! Feel free to explore my blog.. Teehee! Don't forget to leave your footprints at the cbox! Thanks for visiting! ^_^

Tuesday, December 30, 2014

Kecantikan Hakiki.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Meh sini sat.
Kami nak kongsi cerita dengan hangpa ni.

waktu aku tahun 5 dulu, di kem motivasi di sekolah:


"kak n, kak n cantik la.. macam mana nak jadi cantik?" tanyaku jujur.

kak n pun jawab, "kalau nak jadi cantik, selalulah ambil wuduk, jangan tinggal solat, sentiasa menunaikan perintah-Nya dan berakhlak mulia. kalau kamu mengamalkan perkara perkara ini, Insya Allah, kamu dapat jadi 'cantik'."

disebabkan waktu itu aku masih tidak memahami.. aku hanya mengangguk angguk kepala sahaja seolah olah faham dengan apa yang dikatakannya. faham la sangat~ waktu tu la.

dan sekarang baru aku faham yg kecantikan yg dimaksudkan ialah kecantikan peribadi. macam x de guna je kan andai seseorang itu cantik hanya pada rupa semata mata tapi peribadi dan 'qalb' dirinya masih buruk, berkarat, etc.. rupa itu kan hanya sementara, amalan dan peribadi kita yang bakal dibawa ke akhirat.. maka, untuk menjadi cantik dunia akhirat.. amalan kita kena 'cantik' dan istiqamah la =]

Renung-renungkanlah. Aku hanya ingin berkongsi cerita dan pendapat.

Selamat beramal! =]

Asif jiddan 'ala kulli hal.

No comments:

Post a Comment